Wednesday, January 19, 2011

episod 2..R@F

 Seawal 5 pg,aku bangun dan terus pergi ke bilik air untk membersihkan diri.pagi ini,aku ada kuliah seawal 7.30 pg.setelah selesai mandi,aku terus mngambil air sembahyang dan menunaikn solat.walaupun aku barada di kota metropolitan,Kuala Lumpur,namun aku tidak pernh mninggalkan solat dengan sengaja.aku juga telah dibei didikan agama sejak dari kecil lagi dan pemakaian tdung tidak pernah merimaskan  dan mengusutkan kehidupanku seharian.Majoriti temanku lebih  gemar mendandan rambut berbanding 'mendandan' tudung sepertiku.Namun mereka tidak akan meninggalkan perkara wajib yang lain.

      Selesai aku menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah,sekilas aku memandang teman sebilikku yang masih lena dibuai mimpi.Inilah tugasku pada setiap pagi,iaitu membangunkan mereka.huh.amat memenatkan!."Iqa!Mira!bangun!dah pukul berapa dah ni,nanti tak sempat!",aku cuba membangunkan meka sambil memukul lembut badan mereka,Mereka hanya bergerak sedikit dan memberi reaksi hanya untuk 3 saat kemudian tidur semula.Liat sungguh!.Mereka amat sukar dibangunkan.Akalku ligat memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk membangunkan mereka."hah!aku ada idea",fikiran nakalku mula bertindak.hehe

1 comment: